Selasa, 27 Januari 2015

Fotografi Raya Siti Nurhaliza Dan Ruhil Amani 1997


Gambar Siti Nurhaliza Dalam Album

 


Gambar ni untuk back cover album Aku Cinta Padamu released tahun 1997


Siti Nurhaliza Artis Wanita Paling Jelita PPMH 1997


Siti Nurhaliza 1996




Siti Nurhaliza Cover Pancaindera


Siti Nurhaliza Dan Krisya 1997



Siti Nurhaliza Juara Bintang HMI 1995

Wajah Juara Bintang HMI 1995

Siti Nurhaliza Dengan Gaun Pengantin 1997

For sale RM100 ok..dahsyat betul



CT nampak pucat kan?




Isnin, 26 Januari 2015

Siti Nurhaliza Zamani

Assalamualaikum

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya gambar lama Dato Siti Nurhaliza dan Zamani Slam yang berada didalam blog saya ini menimbulkan rasa kurang senang atau persoalan kepada semua termasuk yang empunya diri. Saya tak sangka kisah Dato Siti Nurhaliza dan Zamani ditimbulkan semula sekarang di tahun 2015 dan gambar dari koleksi saya disini dijadikan sumber oleh blog-blog popular yang lain. Perkara ini amat mengejutkan dan tak pernah saya jangkakan berlaku. Untuk pengetahuan semua, tujuan asal saya mewujudkan blog ini adalah kerana saya ingin berkongsi koleksi gambar lama Dato Siti Nurhaliza yang saya sendiri telah kumpulkan sejak tahun 1996 sewaktu saya berumur 12 tahun. Jadi mungkin anda sendiri boleh saksikan semua gambar-gambar yang ditampal hanya dengan menggunakan buku sekolah! Pada waktu itu, saya sangat fanatik dengan gambar atau program tv yang melibatkan Dato Siti Nurhaliza. Setiap kontroversi atau berita tentang Dato Siti Nurhaliza memang saya ambil tahu (terima kasih kepada emak saya sebab terpaksa belikan majalah-majalah atau suratkhabar yang ada gambar Dato Siti Nurhaliza. Kadang-kadang terpaksa pakai duit belanja sekolah ;p)
Jadi, saya harap dengan penjelasan saya ini menjawab persoalan semua.

Ikhlas

Waris Manis